Wednesday, September 26, 2018

MATA

Mata?

Aku ingin mencerita kisah mata. Mata adalah sejenis objek atau mengikut anatominya adalah untuk melihat sesuatu pandangan dan menghantar ke otak untuk menganalisiskan perbuatan atau sejenis untuk sesuatu perkerjaan bagi manusia.

Masa 2015,
Aku melihat pandangan aku sudah kabur , adakah disebabkan cermin mata perlu ditukar atau rabun semakin meninggi? Lalu , aku membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan mata di sebuah kedai cermin mata di kawasan rumah. Terkejut! telah berjumpa dengan kawan lama, dia yang memeriksa dan berkata mata kiri ku rabun sudah naik dan malangnya mata kananku tidak dapat baca pada mesin pemeriksaan itu, Mesin itu dipanggil "Auto refraktometer'' . Aku kaget sebentar adakah mata kananku boleh menjadi buta , lalu temanku bilang cuba menelefon sebuah klinik yang dikenali sebagai "klinik pakar mata UKM" yang terletak di tengah bandar kota.

Aku tidak menelefon tetapi aku terus ke sana untuk menanyakan apakah prosedur yang akan dijalankan tetapi staff untuk memberitahu perlu membuat temujanji selama sebulan.

Sebulan berlalu , aku mengajak teman hidupku untuk pemeriksaan mata . Pelbagai mesin yang mereka memeriksa di mataku, Agak pedih dan letih sekali. Akhirnya mereka memberi sesuatu surat untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.Aku akur , aku menangis dihadapan teman hidupku kerana pakar ophtalmology itu bilang kemungkinan aku adalah pesakit keratoconus .

Di HUKM , sangkaan ku tempat ia memang benar. Mata kananku adalah keratoconus. Sejenis penyakit yang mempunyai parutan pada kornea mata. Ini disebabkan allergic dan aku mengosok mata terlalu kerap. Setiap 3 bulan sekali aku terpaksa mengambil cuti untuk pemeriksaan di klinik pakar mata dan HUKM.


2016

Akhirnya, Doktor memberi cara untuk penglihatan yang lebih bagus untuk memakai kanta lengkap keras yang dipanggil RGP. Harganya sangat mahal dan susah dijaga. Permulaan cara pemakaian sangat rumit tetapi bila dipakai setiap hari , Alhamdulilah akhirnya dapat diselasakan.


Pada 2018

Doktor memberitahu kollagen dikornea aku sudah longgar jadi dengan cara segera perlu membuat pembedahan kecil pada mataku. Aku memula berasa takut tapi aku nekad untuk kebaikan aku dan keluarga. Dan kepada teman hidupku yang selalu memberi sokongan moral kepada aku.Pada tarikh 7 februari 2018 aku melakukan pembedahan di HKL, pembedahan mengambil masa 3 jam. Mula-mula berat hati aku tetapi aku perlu teruskan , pertama kali aku memasuki dewan bedah yang besar dan cara kerja jururawat dan doktor sangat teratur. Terima kasih Doktor Farhana , Dr Lee dan Jururawat di Wad mata. Setelah pembedahan tamat mereka memakaikan aku Bandage lens memang tidak selesa dan sangat sakit. Aku diberikan cuti sakit selama 5 hari.


September 2018

Mata kananku semakin bagus penglihatan dan tidak berasa sakit tetapi doktor bilang kemungkinan jika ada terdapat merah dan pedih perlu ke kecemasan dengan segera. Terima kasih Allah kerana memberikan kesihatan kepada ku.Alhamdulilah