Monday, November 19, 2018

Resign

Resign? Apa tu resign? Benda yang ramai orang taknak tapi kena juga sebabnya samaada dapat offer lebih baik ataupun kemungkinan tempat kerja yang tak best.

Aku suka sangat tempat kerja lama aku . Emergency Department .Memang agak letih tapi kerja sana memang fun tapi sejak tukar management terus macam-macam nak ubah sampai aku jadi stress. Kerja? makin mengarut. Suatu hari , bergaduh besar dengan seorang staff nurse, tetiba dapat offer tempat yang best . Dapat gaji pun lebat, So berhentilah then dah berhenti sumpah rasa nak nangis sebab kawan-kawan kat sana semua jenis bertanggujawab and tolong menolong. Tetiba masuk tempat baru aku tak rasa macamana aku masuk tempat lama dulu. Ya Allah hehari aku nangis , nangis bukan main sendu wey. Tak tau nak mengadu dekat siapa. Dekat ALLAH je aku dapat mengadu.

Hope.
Allah dapatlah membuka hatiku untuk samaada bekerja di hemodialisis ataupun di tempat kecemasan. Kemanalah arah aku patut tuju ya ALLAH.

Satu aku minta , sesiapa yang baca entry ni . Korang patut meminta doa dan membuat istikarah sebelum hendak bertukar kerja jangan jadi macam aku ikutkan hawa nafsu akhirnya tertindas :(

Wednesday, September 26, 2018

MATA

Mata?

Aku ingin mencerita kisah mata. Mata adalah sejenis objek atau mengikut anatominya adalah untuk melihat sesuatu pandangan dan menghantar ke otak untuk menganalisiskan perbuatan atau sejenis untuk sesuatu perkerjaan bagi manusia.

Masa 2015,
Aku melihat pandangan aku sudah kabur , adakah disebabkan cermin mata perlu ditukar atau rabun semakin meninggi? Lalu , aku membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan mata di sebuah kedai cermin mata di kawasan rumah. Terkejut! telah berjumpa dengan kawan lama, dia yang memeriksa dan berkata mata kiri ku rabun sudah naik dan malangnya mata kananku tidak dapat baca pada mesin pemeriksaan itu, Mesin itu dipanggil "Auto refraktometer'' . Aku kaget sebentar adakah mata kananku boleh menjadi buta , lalu temanku bilang cuba menelefon sebuah klinik yang dikenali sebagai "klinik pakar mata UKM" yang terletak di tengah bandar kota.

Aku tidak menelefon tetapi aku terus ke sana untuk menanyakan apakah prosedur yang akan dijalankan tetapi staff untuk memberitahu perlu membuat temujanji selama sebulan.

Sebulan berlalu , aku mengajak teman hidupku untuk pemeriksaan mata . Pelbagai mesin yang mereka memeriksa di mataku, Agak pedih dan letih sekali. Akhirnya mereka memberi sesuatu surat untuk mendapatkan diagnosis yang tepat.Aku akur , aku menangis dihadapan teman hidupku kerana pakar ophtalmology itu bilang kemungkinan aku adalah pesakit keratoconus .

Di HUKM , sangkaan ku tempat ia memang benar. Mata kananku adalah keratoconus. Sejenis penyakit yang mempunyai parutan pada kornea mata. Ini disebabkan allergic dan aku mengosok mata terlalu kerap. Setiap 3 bulan sekali aku terpaksa mengambil cuti untuk pemeriksaan di klinik pakar mata dan HUKM.


2016

Akhirnya, Doktor memberi cara untuk penglihatan yang lebih bagus untuk memakai kanta lengkap keras yang dipanggil RGP. Harganya sangat mahal dan susah dijaga. Permulaan cara pemakaian sangat rumit tetapi bila dipakai setiap hari , Alhamdulilah akhirnya dapat diselasakan.


Pada 2018

Doktor memberitahu kollagen dikornea aku sudah longgar jadi dengan cara segera perlu membuat pembedahan kecil pada mataku. Aku memula berasa takut tapi aku nekad untuk kebaikan aku dan keluarga. Dan kepada teman hidupku yang selalu memberi sokongan moral kepada aku.Pada tarikh 7 februari 2018 aku melakukan pembedahan di HKL, pembedahan mengambil masa 3 jam. Mula-mula berat hati aku tetapi aku perlu teruskan , pertama kali aku memasuki dewan bedah yang besar dan cara kerja jururawat dan doktor sangat teratur. Terima kasih Doktor Farhana , Dr Lee dan Jururawat di Wad mata. Setelah pembedahan tamat mereka memakaikan aku Bandage lens memang tidak selesa dan sangat sakit. Aku diberikan cuti sakit selama 5 hari.


September 2018

Mata kananku semakin bagus penglihatan dan tidak berasa sakit tetapi doktor bilang kemungkinan jika ada terdapat merah dan pedih perlu ke kecemasan dengan segera. Terima kasih Allah kerana memberikan kesihatan kepada ku.Alhamdulilah

Wednesday, February 21, 2018

Masuk dunia perubatan, kau kena amek tahu!

As salam,

Pelbagai cabaran aku kena hadap dengan masalah mata dan masalah darah :(

Kuatkan hati hamba ini Ya ALLAH :(

Semoga kau sentiasa memberi kesihatan yang baik buat hambamu yang lemah ini.

Saturday, July 29, 2017

Hospital Life

As salam,

Seriously, kerja dengan sini memang mencabar dan best. Sebab staff semua okay. Dua tiga ketul je macam hawau sikit. Letih tak payah cakap. Kena marah? Banyak kali wey, tapi hati kau kena kental macam batu. Lelagi kalau dapat Doctor yang cerewet, tapi sabar jelah kan?


Aku carik rezeki, tapi orang tak suka. Takpe letak tepi lelama kau biasa dengan situasi macamni. Fahtihah you can do it :)

InshAllah carik duit untuk kesenangan mak and abah, lagipun banyak kena menabung :p

Doakan saya cepat kahwin yee :P

Tuesday, June 14, 2016

Sister Weeding

As Salam,


Alhamdulilah dapat juga buka blog ini , Dah 1 bulan kakak aku berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya. Mak dan abah kadang-kadang ada selit rindunyaaa. Heee, Semua settle. InshaAllah semoga hubungan mereka kekal ke jannah ALLAH. amin :)


Nampak kegemukkan yang terserlah

P/s: InshaALLAH kemungkinan kakak yang kedua pulak aku jadi pengapit :p

Wednesday, April 13, 2016

Pretty

As Salam,

Tak sabar rasanya . Nak tahu apa yang aku tak sabar , ialah Kakak Sulung aku nak bernikah dengan pilihan hati dia . Alhamdulilah~ Allah makbulkan doa arwah opahku. Tapi sayangnya DIA di alam lain. InshaALLAH semua akan dipermudahkan. Aku cuma ajak kawan-kawan rapat dengan kawan terdekat. Sebab takut juga tak cukup kalau kita jemput ramai-ramai. HEHE

p/s : Next coming , ika dengan si zahinla pulak <3



Thursday, March 17, 2016

New Place

As salam ,

Aku memulakan hidup baru balik selepas berhenti kerja di ozone , bukan apa sebabnya aku berhenti bersebab atas masalah dengan boss. Bukan apa sebabnya aku pecahkan ozone saline bukan salah tapi tepaksa ganti dan dia memotong dengan duit gaji aku . Sedih tu mmg sedih tapi tak terasa kesal pun berhenti kerja dekat situ. So , aku tekad cari kerja lain. Alhamdulilah dapat tempat kerja yang dekat dengan rumah dan fasilities.

walaupun gaji mampu untuk aku bayar hutang. Ya Allah permudahkanlah urusan ku didunia dan akhirat mu ya Allah . Aminnn ~